~MAWAR BERDURI~
Didalam kesunyian ku rasa gelombangnya menyintaimu satu kewajipan.
Saat aku mula mengenalimu aku takut jatuh CINTA padamu...
Saat aku mula mencintaimu aku takut pula akan KEHILANGANMU...
Seringkali aku terfikir layakkah aku merasa CINTA ini sedangkan
hati aku masih rapuh dengan pemilik cintaku...
Perasaan itu wujud disaat kita bergelar SAHABAT yang ku tak pasti adakah
sahabat itu bertukar kepada cinta...?
aku tak inginkan perasaan itu wujud lagi dalam hidup aku kerana cintaku
hanya pada dia yang sentiasa bersamaku...
mungkinkah ini ujianya...?
Tipulah kalau aku katakan perasaan itu tak pernah wujud...
sedangkan aku sering mengigatimu...
sering menunggumu....
sering merinduimu.....
Cuma aku tak pasti adakah itu tanda CINTA atau SAYANG...?
Disaat hati aku mula terpaut padamu...
mengapa kau menghilangkan diri tanpa sebab yang pasti...
aku mencari punca yang pasti tapi tiada petunjuk yang ku dapati...
kini...kecewa mengulit hati yang pernah dilukai ketika dulu...
namun,,,aku redha...
Kehadiranmu dalam diriku tak diminta olehku tapi ALLAH yang mengwujudkan
perasaan ini...kehadiranmu juga membuatkan senyumanku kembali
berputik,,,semangatku kembali mekar,,,
ingin sekali aku menjadi seperti "MAWAR BERDURI"
aku cuba menolak perasaan itu tapi...allah mengujiku tanpa diminta...
Kini kau menghilang...meninggalkan kelopak mawar yang tertusuk pada
durinya sendiri...rindu ini datang tanpa diminta...
cuma ku mahu daripadamu yang pernah mencintaimu...
Bila awak mahu cinta saya,carilah dulu CINTA ALLAH
Bila awak mahu rindu saya,RINDULAH ALLAH DAN RASULNYA DULU
Bila awak mahu sayang saya,SAYANGLAH DULU AGAMA LEBIH DARI DIRI SAYA
:::CINTAILAH SAYA KERANA ALLAH:::
No comments:
Post a Comment