WINTER!!!

 ~Detik terindah bagiku~

Rindu sangat saat-saat musim winter,,,
ketibaan musim salji yang sering dinanti-nantikan oleh pelajar Jordan,,,
Saat ini hilang segala kesunyian dihati...
hilang segala kegelisahan,,,
hilanglah segala kesedihan yang menjerat perasaan,,,
dengan bermain salji ini lah cara aku menghiburkan hati,,,

Terkenangkan saat ini,,,
aku kehilangan orang yang pertama yang bertakhta dihati,,,
Yang sangat aku hormati selama ini,,,
selama "tujuh" tahun kita berkenalan,,,
akhirnya,,,kau tinggalkan aku tanpa berita,,,
Namun,,,ALLAH berikan aku satu Nikmat yang tidak pernah aku rasa,,,
terhibur hati disaat dapat bermain salji bersama rakan-rakan,,,
hilanglah segala kedukaan yang mengulit perasaan,,,

Salji turun dengan lebat,,,namun,,,,
tidak pernah aku hiraukan,,,
aku bermain dalam kesakitan menahan kesejukkan,,,
seperti itulah aku menahan kesakitan luka dihati,,,
Detik demi detik,,,aku cuba menghilangkan namamu
didalam ketandusan salji,,,
sehingga cair membawa arus yang ku tak pasti ke mana perginya,,,
sehinggalah kini aku redha dengan kehendaknya,,,



~keadaan pokok dibelakang rumah~

Besar sungguh penciptaan Illahi,,,
empat musim yangku lalui sepanjang dinegara orang ni,,,
macam jenis pokok boleh berubah,,,
aku terfikir sejenak,,,
mungkin begitulah ALLAH menciptakan hati manusia
dengan pelbagai kerenah yang boleh berubah,,,
saat itu baru aku sedar,,,
apa sebenarnya tujuan aku menuntut ilmu dibumi Anbiya',,,
beribu batu aku melarikan diri dari Malaysia untuk mengubat
kedukaan dihati,,,
baru sekarang aku tahu,,,
mungkin inilah hikmahnya ALLAH menguji hati aku,,, 
inilah tempat bermulanya penghijrahan yang selama ini ku carikan,,,

:::Disinilah aku mendapat kebahgiaan:::





1 comment: